Assalamualaikum Cinta :')
Kali ni nak gebang pasal trip aku ke Medan. Trip ni lain sikit. Pasal ni trip bukan aku pandai-pandai pergi. Ni trip company hantar wakil FAM Trip. Bukan FAM hat bola tu. Okay? FAM trip dalam konteks pelancongan bermaksud, business trip yang dianjurkan oleh Agent dari luar negara. Eceh. Macam gempaq sia... Oraite, aku kena paksa rela gi Medan ni, yang mana aku balik kurang 72 jam sebelum aku terbang pegi Jepun. Semua sponsor by company. Part paling best, sponsor tiket MAS ye. Aku punya teruja macam orang first time naik flight! Muahahaha. First time kot aku fly by MAS. Flight mahal tuuuu.. Orang kurang kewangan macam aku mana mampu nak naik MAS. Dapat naik Air Asia tu pun kira bersyukur abes dah.
Okay. Trip ke Medan ni dianjurkan selama empat hari tiga malam. Dengan paksa rela aku terbang sorang-sorang ke Medan. Tapi macam biasa lah kan. Kalau da namanya seekor aku, campak kat mana pon hidup okay. Turun flight terus dapat geng. Muehehehe.. Dalam flight tak sempat buat geng. Pasal aku mengantuk tahap kritikal. Mana tak nya, flight pukul 8 pagi. Pukul 3 aku kena kejut abang pasal mintak tolong dia hantar. Tido pukul satu setengah pasal siapkan keje. Last-last naik duduk je kat seat, aku pakai seat belt, terus terbongkang. Sedar-sedar da sampai Medan. Ya Rabbi. Tahap kritikal da. Sampai tak sedar sape duduk sebelah. Rupenye team FAM Trip tu jugak. Sampai ke sudah bahan aku tido tak senonoh masa dalam flight tu. Malu mak jemah!
Okay mula-mula boarding pun aku da start buat kawan. Makcik ngan pakcik la tapi. Still, FAM Trip punya orang guest jugak. Ha nampak? Aku get closed ngan pakcik makcik dulu. Bukan golongan muda remaja. Nampak sangat ciri-ciri menantu pilihan tu ade dalam diri ini. Kahkahkah.
First destination gi Bandar Medan, which is about 1 jam naik bas dari Kuala Namu airport. Dulu airport Medan 15 minit je dari bandar. Sekarang da jauh. round sekejap je ke Bandar Medan and terus menuju ke Bandar Berastagi yang mengambil masa 4 jam perjalanan menaiki bas. Ecewahhh.. Gila bapak skema. Okay Berastagi ni macam Cameron Highland. Tempat sejuk. Biasa orang pergi sini beli buah buah. Sebab Buah-buah dia memang segar.
 |
| Kalau pergi Berastagi, memang setiap hari ada kuda. Boleh tunggang. Semestinya bukan Free. Banyak gila kuda. Boleh pilih mana satu. Jangan bawak balik sudah. |
 |
| "Mr Kud, nak aku tunggang kau tak? Baik kau cakap nak. Kalau tak aku terajang buntot kau" |
 |
| Ya Allah lawanya anak sapa ni woi! Mekaseh. :') |
 |
| Ha ni Kawan yang berjaya aku tangkap buat jadi geng aku kat sana. Kak Risa and Lewis. Dua dua dari sabah. Kak Risa ni sebaya mak aku. Nampak muda giler. Selamber badak aku panggil dia kak. Kuikui |
Lepas membeli dan belah dari kawasan cantik ini, kitorang terus ke hotel. Biasa kalau group Medan aku buat, Dorang akan stay kat Sinabung. Tapi FAM Trip kali ni, dia promote hotel baru. Taman Simalem Resort, Berastagi. Masa kami sampai, dah nak gelap. Duduk setengah jam kat lobi, Terus hujan lebat. Tapi the next morning, bangun pagi memang terkezut oi! Cantik Subhanallah tak tipu.
 |
| Sempat la snap sekeping sebelum hujan turun selebat-lebatnya. Mungkin padah sebab aku gelakkan nama cafe ni. Serius. Tipu kalau kau baca tak terpikir ape aku pikir. Wahaha |
 |
| Ini bilik aku. Katil empat. Orang yang tido sini dua je. Setiap 3 jam aku main tukar katil. Okay tu tipu. Dia bagi stay kat quad room for hostel building. Sebab Hotel punya bilik tak siap lagi. Masih dalam pembinaan. Betol punya hotel baru ni. |
 |
| Keluasan bilik dia, boleh buat main futsal. |
 |
| Tadaaaa.. Explain kat aku, ape perasaan bangun pagi bukak langsir nampak ni???? |
 |
| Masih dalam pembinaan. But still. Cantik. Sejuk macam kat Korea da. Serius. |
Pagi-pagi bangun pagi bukak langsir pon terkejut. Gi breakfast pun terkejut. Cafe dia, background scene dia, Danau Toba. Banyak betol terkejutnye ha. Hahaha. Cantik oih. Kenyang teruih. Okay tipu. Aku bantai dua pinggan nasi goreng + 2 omelette . Wakakakaka.
Gambar atas ni, yang tasik tasik ni, takde satu pun aku edit. Serius. Angle je berbeza-beza. Matahari kurang menyerlah sebab malam sebelum tu kan hujan. Tapi tak habis. So agak mendung. Okay. Lepas breakfast, dorang bawak pergi inspection ke sekitar resort. Resort ni besar. Bukan setakat hostel ngan hotel je dia ada. Campsite ngan Villa pun ada. Punya la besar kawasan dia. Siap ada ladang limau lagi. Sape rajin gi turun petik limau. Gila tak bes?
 |
| Geng kat sana. |
 |
| Campsite. Depan campsite, Sungai. Gila bestttt.. |
 |
Aku suka gambar ni, pasal aku shoot tanpa edit. Cahaya tu aku dapat masa aku nak amek gmbar sungai tu. Tetibe nmpak corak cahaya tu cantik. Okay sebenarnya aku nak bgtahu aku pndai amek gambar tu je. Mekaseh. wahahaha |
 |
| Nampak? Atas Villa, bawah air terjun. Ohsem! |
 |
| Family Room punya villa |
 |
| Aku sebenarnya da lama gila teringin naik benda ni. ajak si Zik tu bila tahun ntah dapat gi. Stress aku. Dah tu ade pulak benda alah ni kat sini. Gila tak nak panjat? Wajib! |
Lepas inspection, kitorang check out lepas tu bergerak ke Samosir Island, Parapat. On the way ke sana, ade stop jap pergi Air terjun sipiso piso. Kalau pergi Medan, tak pegi sini, RUGI.
Cantik kan? Okay. Sekian part 1. Bagi aku makan jap. Jap lagi aku sambung part 2
P/s : Entah apa kebaikan masa lalu yang telah aku lakukan, sehingga Allah bagi aku ganjaran sehebat ni. Syukur gila gila. Syukur sangat!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.