Assalamualaikum Cinta
Seperti biasa, enam bulan sekali baru kita hapdate blog kita. Disebabkan gua baru balik dari Hong Kong maka dengan ini gua nak gebang pasal Hong Kong lah. Wakakaka. Sudah la enam bulan sekali, update pulak main hentam je. Asal ado. Ye dak. Jangan di tanya bila gua nak update pasal Japan, Vietnam ngan Singapore. Pasal benda yang lepas jangan dikenang. Orang cakap. Haha. Laptop aku cannot on lah. Sume gambar dalam tu. Takleh on pasal wayar charger dia da innalillah. Dulu pun da nazak tapi ada zikungunya tolong repair. La ni dia da kawin, dia tak ingat aku da. Sedih. Kehkeh. Gedik. Bila sampai seru nanti gua hapdate eh.
Okay skang takyah citer banyak. Meh sini dengar aku gebang.
Tarikh : 4-6 April 2014
Lokasi : Hong Kong Al King Kong
Hotel : The Emperor (Happy Valley )
Jumlah pengikut : 5 Dewasa + 1 kekanak riang
Flight : Air Asia - Now everyone can fly
Currency : Hong Kong Dolar
Suhu : 18-22 Darjah satu aku suka kamu,
Bilik overall okay la. Macam biasa la. Gua tak cerewet bab gini gini. Asal boleh tido okay la. Tapi aku suka part ade mini balkoni dalam bilik tu. Boleh duduk atas tu sambil-sambil selak langsir. Untung-untung ada pakwe bangunan sebelah tengok aku tengah study lalu jatuh cinta kan? Haremmm.. Nan hado. Haha.. Hotel ni very convenience.
1. Dekat dengan Tram. Bus pon senang. Taxi pon. Beca takde.
2. Senyap je. Aman damai. Harmoni. Dan sewaktu dengannya.
3. Dekat dengan Wan Chai area. Which is boleh kata senang cari makanan halal and ade masjid.
Dalam masjid ni ada restaurant makanan halal. Lepas tu ada kelas mengaji. Kelas agama. Kelas memasak.Kelas kau jah pon ade. Ngeh ngeh. Kat sini memang susah nak cari orang pakai jilbab. Yang pakai jilbab tu, tak lain tak bukan Indonesian.Masa kami sesat nak cari makan on the 1st day pon last2 jumpa Cik siti nama diberi. Orang Indonesia. Dia yang tunjuk masjid ni. Hihi. Mulut kalau rajin tanya insyallah tak sesat. Ye dak.
 |
| Model Tram import dari key ell. Kononyah. Aku syak aunty dalam tram tu ngumpat kami dalam ati. " Ceh. Tram pon nak jakun." Ehhhhhh |
Hari first tak sempat nak gi jalan mana sebab gitu gini kat airport pun da pukul 2ptg. Check in hotel pe sume. Dalam kol 4 jugak baru masuk bilik. Biasa kalau aku berdua ngan kak dayah je, terus letak beg pastu redah merayap. Malam buta kang baru balik. Tapi ni takleh sangat. Sebab bawak budak ngan mak budak ngan kakak budak manja manja. So aktiviti rilek sikit ah. 1st night just jalan jalan round Wan Chai area. Tengok tengok orang. Seriously kagum. Seramai-ramai rakyat dia, jalan dia tak jem. Paling suka naik tram.Serius jakun.
Okay. Aku da give up. Kering otak pikir nak tulis ape. Da tua gamaknye gini la. Muahahaha
Hari kedua terus gi the Peak. Tempat paling kena visit kat Hong Kong. Naik sini boleh nampak 3 bijik Hong kong punya island. Kena gi pagi-pagi. Kalau tak memang nangis la nak beratur. Panjang ngalahkan tunggu nasi kandar line clear. Haha.
Ni Tram naik atas sana. Kalau gi sendiri, dalam HKD 290 Sorang. Combo 3 in 1. Madam Tussaud (Wax Museum) + Return Tram +Sky Terrace. Madame Tussaud tu, celebrity terpilih dalam dunia ni, dia wax kan. So memang nampak real. Senanye, aku tak minat pon retis-retis yang ada kat museum ni. Satu je aku cari. LEE MIN HO. Dengar kabor da sampai kat hong kong. Cari cari takde. Gua ferassssss. Lalu gua curang bersama lilin lilin lain yang gua tak tahu pon citer ape dorang berlakon.
 |
| Whooooopsssss!!!! |
Okay macam Namsan tower jugak, The peak ni ade leplep wish. Tapi bukan pakai mangga la. Pakai kad je. Pehtu ikat kat situ.
Kat atas ni, suhu dia macam duduk dalam peti ais letak nugget kat pasaraya. Da la angin kuat gila. Lepas turun dari sini, demam aku terus naik balik. tu makan dia.
 |
| Tak Kagum? Gi tengok sendirilah! |
 |
| Lai Kwan Fong - Sini kira pusat bandar jugak. Barang branded-branded sume sini. Tapi gua bukan nak tunjuk kedai, gua nak tunjuk crowded tempat dia. Okay pastu sini boleh cai kedai makan halalan toiyiban. |
 |
| Ebeneezer Kebab & Pizza - Nasi Bryani + air tin HKD 55 - NANGIS T.T |
Ini ladies Market. Kira cam Jalan Tar Punya suku suku la ni. Nak shopping bargain-bargain, datang sini. Tapi tak sama island ngan Hotel aku duduk tu. Hotel aku tu, Hong Kong island. Airport tu lantau island. Hat ni, kat Kowloon. Nak gi sini guna subway dorang. Sama convenience macam kat Singapore ngan Korea. Tapi ni gua nak remind, nak beli souvenir beli kat The peak. Kat sini Mahal. Satu Souvenir pon da boleh bagi nafkah anak bini kat umah. Well, Hong kong sume benda mahal. T.T ... Ha tapi SASA kat sini murah. perfume dia gilaaaa murah. sempat jugak la gua cekau Versace bright crystal sebotol. Ngeh ngeh, Kat malaysia tak mampu nak beli. :P
Hari ketiga, Destinasi kami ialah Disneylandddddd.. Ecehh.. acah-acah eksaited la. Bukan aku heran pon ke disneyland ni senanye. Pasal masa kecik2 bukan pesen aku tengok citer katun omputih ni. Paling paling pon aku tgok sailormoon takpon dragon ball. Untung la kalau aku tengok, lagi best tangkap spider kot. Kan?
Pasal anak kak ju ni rapat ngan aku, aku pon terpaksa rela la layankan pasal mak nye malas nak layan. Part paling tak boleh blah, dipaksanya aku naik cawan pusing pusing tu. Mak aihhh.. Masa kecik- kecik pon gua tak naik. Tengok pon takde mood. Pasal budak ketot tu, terpaksa gua naik okay. TERPAKSA. Azab dia, Nauzubillah. Aku lagi sanggup naik roller coaster. Serius.
 |
| Dalam Disneyland ada restaurant halal. ini indonesian food. Kak wani makan. HKD 108. Aku makan Korean cuisine. Gambar takde. Pasal aku lapor nak arwah, nasi sampai je aku bedal. Kose nak snap2! |
Oihhh.. Gua da ngantokk. Esok gua sambung. Sekian.