Tuesday, November 27, 2012

Kau Sahabat Kau Teman

Assalamualaikum = ) 


Agak-agak, one day kalau aku dah takde, ada orang nak nyanyikan lagu ni untuk aku, sambil nangis rindukan aku tak? Teeeeheheheeeeee...

Tuesday, November 20, 2012

Mari kenal Dunia : Beijing Part 1

Assalamualaikum Blog =)

Maap la blog. Abaikan kamu. Da dua hari balik keje lambat. Banyak kerja. Blog, nak tahu tak? Sikit ari lagi aku dah boleh beli banglo untuk mak. Berdasarkan kadar kesibukan sampai makan pun lupa. Balik lambat. Sampai umah mandi terus tido. Dinner pun lupa. Ha nampak? Ciri-ciri nak kaya tu. Muahahahaha.. Aminnnn.. Tak mau jadi kaya nak ada duit untuk buat mak ngan ayah happy je. ^_^'v
Ecececececehhhh.. Anak mitalirapiah la konon ni. hahaha

OK OK OK.. Lari dari topik. Lately ramaiiii sangat customer pergi Beijing. Sampaikan aku ni dah boleh bercakap dengan customer, explain pasal beijing macam Beijing tu belakang umah aku je. Hik Hik. Riaknya akuuuuu.. Puii.. Astaghfirullah... hihi.. Tapi serius, sampai customer cakap, you dah pernah pergi ke? hahaha.. Pernah sangattttt.. Dalam MIMPI! hahaha..

So blog, meh aku nak cerita kat kau. serba sikit pasal Beijing ni.

Beijing ni letaknya kat negara China. Ya anak-anak. Ah maleh lak nak bercerita panjang lebar. Let's pic tell the story.. Ewahhh.. Speakingggggggg.... Kuikui... Benci aku baca! hakhak

1. Summer Palace



OK ini adalah Summer Palace. Summer palace ni dalam lebih kurang 15km dari Bandar Beijing. Taman ni taman diraja terbesar kat China. Sesiapa yang pergi Beijing memang wajib kena datang sini. Sebab Tempat dia cantik. Lagi-lagi kalau pergi Autumn season. Banyak Bunga nak luruh dan  sejuk. Ok autumn season kat China start bulan September - November. Sape-sape gila shooting, sila lah kesini. Terrrbaikkk.

2. Great Wall (Juyongguan)























This is Great wall ya, blog. Orang putih panggil, tembok besaq chinaa.. Tembok ni depa bina masa Dynasti  Ming (1368 - 1644). Panjang dia lebih kurang 6,400km. Siapa-siapa hat ada penyakit malaih hakiki, toksah pi sini la. Sat lagi hingaq mulut duk cakap penat.. Memang jauh oih... Pi la sekali.. Kalau rasa nak syiok jalan sejuk-sejuk, hampa pi la bulan september - February. December sampai February ialah musim salji. Tapi kalau pergi time salji, jangan pergi end of december sebab masa tu heavy snow. Kang hampa tak boleh pi jalan. Duk diam-diam kat Hotel. Padan muka hang! Hahaha. 

3. Tiannanmen Square 










Tiannanmen square ni, dataran awam yang paling besar di dunia okayyyy.. Puluh-puluh kali lebih besar dari dataran merdeka dan dataran pahlawan. Muahahaha.. Over tau compare ngan mesia. =P
Takde apa pun boleh buat. Not much interesting. Tapi pencinta sejarah mesti tahu nilai dia =) Kat tembok besar tu, pintu masuk ke Forbidden city ya. Apa itu Forbidden city? Ha tengok bawah ni plak.

4. Forbidden city



Forbidden city ni dulu ialah istana rasmi Maharaja China masa Dinasti Ming dan digunakan sampai lah dinasti Qing. 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik and kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Besaq bak hangggg.. Kalau jadi hotel la ni, kompom kayo pakcikk..haha.. Sekarang dah jadi muzium.

5. Fragrant Hill



It covers 1.6 km² (395 acres) and consists of a natural pine-cypress forest, hills with maple trees, smoke trees and persimmon trees.. Ha kau.. Speaking omputih aku. Hebak munggg.. Kemah keming cakak omputih... hahaha... kopipes la tapi. Sangat bagus pergi masa musim Autumn

Ok OK gua dah penat. Beriban lagi tempat gua nak explain. Laptop kak dayah nak guna. Buat saimen. Laptop aku? Yang harus lah dekat bengkel... Hahaha.. OK blog

Tido dulu. Assalamualaikum.

Note : Sumber gambar adalah dari google.

Sunday, November 18, 2012

Kepak Kebung

Assalamualaikum blog :)

Sebenarnya aku pun tak tahu nape tajuk entri ni macam tu. =.= Abaikan. OK. Motifnya nak cerita pasal kawan- kawan aku yang masing-masing da mula tinggalkan aku keseorangan ='( 
Awat la bodoh piang sangat intro aku ni. Hahaha..

Last week puteri kawan baik aku dari kecik, dah kahwin. Alhamdulillah. Next month, Nadia, kawan baik kat poli, menikah jugak. Next month, Zikri, geng bengong-bengong punya pekerjaan, bertunang. Next year, kak dayah. kakak tersayang, menikah juga. OK. Sekian kisah pilu aku. Sob sob.

Puiii... Hahaha.. Apo nak pilu pulak. Happy la patutnya. Yela. Happy tapi somehow tetap rasa kehilangan. Kalau dulu puteri ada kat sentul.Sekarang dia kat umah husband dia. Kat Subang. Aku rasa lonely gila. Aku sebatang kera. OK. Tak. Sebatang kara. Ermmm... Pasni Zik bertunang.Takde dah geng aku nak berZello merapu meraban. Nyanyi lagu bodoh kat dia. Takde geng dah. Oh pilunya hidup. Tsk tsk.. 

Hahaha.. Semalam Zik mintak tolong teman belikan barang hantaran dia. First time aku pergi shopping barang lelaki ok. BARANG LELAKI dengan LELAKI. Semestinya bukan berdua. Gila kau nak keluar berdua ngan pakwe orang. Zik pun da tahu da terms and condition nak bawak aku keluar. Haha. Madan dengan wani ada sekali. Aku fikir kan, lelaki ni, kalau beli barang simple je. Sekali kuar ngan Zik ni. Maaaakkkkaaaaiiihhhh... Pilih kasut je sejam setengah. Baju dekat dua jam. Tu baru sehelai baju kemeja dan kasut. Selebihnya tu, cari baju ngan jam.  =.= Over tau jadoo ni. 
Kalah aku. Satu hari suntuk teman beliau shopping, maka sebagai balasan, beliau dengan terpaksa relanya belanje kami makan beger bakor.! Muahahaha.. OK. Si wani sibuk ajak main bowling. Maka? Berbowling pula. About 11pm baru sampai umah. 

Then si wani guna kuasa memujuk dia, paw Zik beli durian. Wahaha... Pergi lah jugak si zik mencari durian. Lepak kat taman bawah aprtment ni sambil buat lawak bodoh sambil makan durian sambil tengok langit.. Best Best. 

Tu je lah nak cerita. haha... Aku penat. Tido awal malam ni. Nite blog. Muahhhxxx

Dah takde kerja ni. Test kasut lelaki kat kaki sendiri.. kihkih.. Bosan tunggu Zikri memilih kasut berjam jam
Keciknya kaki aku =.= 

Gambaq tak berapa nak jelaihhh

Madan and wani



Friday, November 16, 2012

Noob

Assalamualaikum Blog!

Ha jawab blog! Tak jawab berdosa tau! Jawab, kau hantu! Muahahahaha..

Gembira sungguh rasa di hati.
Tersenyum senyum nampak gigi
Kenapa senyum nampak gigi
Kerana background blog sudah digantii....

MUAHAHAHAHAHA!! Bongokkk..Pantun cam tut tut..  Sape ajar aku bahasa Melayu dulu ni! Mintak ampun cekgu. Anak muridmu perosak bahasa terulung..WKWKWKWckckckc

Over tau perempuan ni. Gelak sikit-sikit sudah. Beria nk ckckckckc.. Ingat senang nak buat bunyik tu in real life? Tersedak jugak seround dua. Nyaris nak kena cpr ngan jiran sebelah. Haha. OK tak lawak.

Stress hoi... Ingatkan nak release stress ngadap blog. Sekali ngadap benda alah blog ni punya barang, DOUBLE terrible tahu. Kalah stress kat opis.. Haha... Gila tak susah. Nak pilih yang berkenan di hati tu dah la satu hal. Laptop buat pangai satu hal. Dah berkenan di hati, da upload tak lepas. Dah upload, setting lari.. Ini lah namanya takde kerja, cari kerja. Rasakan kau! Padan muke kau! Amek kau!

Ini kita panggil NOOB ya anak-anak. Noob. Sebut betol-betol. NOOOOOOOBBBBB.. Omputih sebut NUB. Haaaa...  Bukan Nubhan. Aku tak tahu la kalau Nubhan pon Noob jugak.

Ok sebenarnya aku dah give up. Letih dah mata aku ngadap. Last-last aku test yang ni,ni je menjadi. Dan yang paling aku TAK REDHO dengan background pilihan hati aku ni, WARNA PINK!!!!! Dan sebenarnya memang aku tak redho blog aku gini. Tunggu aku cari smpai dapat yang aku betol-betol redho.

Tak puaka la woiiiiii background pink! Macam perempuannnn... Mane boleh jadi perempuan. Kang Zik takmau ajak aku gi jungle trekking panjat bukit daki gunung terjun gaung dah! Hadoiii... PAstu header tu aku nak buang sebenarnya. Sebab da tak centre. Tapi kalau aku buang, kosong pulak header. Makanyaaa, ya ibu - ibu bapak bapak, sekejap lagi aku nak mengNOOBkan diri aku lagi sekali. study pasal header pulak...

Ok da boleh panggil aku ein the noobers. Wwkwkwkwkwckckckc.. Jadah Noobers... kahkah.. Chiowww dlu blog! Gua belom mandi lagi ni. Bau biawak dah. Pernah cium biawak? Hahaha...

Marilah berjuang! Allahuakbar! hahahahah


Monday, November 12, 2012

Anjakan paradigma.

Semalam hari sedih,

Hari ni tak boleh sedih

Ada sikit hari lagi yang tinggal. Takkan nak sedih-sedih ye dakkk...

Sokayyyy... Life is too short..  So.. kita enjoyyyyyy!! Ewaahhh...

First step is, Remove semua post yang lama2... Simpan kenangan dalam kotak drafts je.

Satu fakta yang aku kena terima, kenangan bukan untuk dilupakan.

Satu kenyataan yang aku kena hadapi, i've moved on. =')

Satu benda yang aku kena pegang. ALLAH MAHA ADIL. =)

Blog akan berubah wajah okayyyyyyy!!! hihi.. selama ni aku tak suka ubah. Sebab aku ni spesis tak suka perubahan.

But somehow, kena buat jugakkkkk... Okayyy blog.. Mari berubah wajah.. Seminggu ni,habiskan masa untuk blog... ^^

aja aja fightingggg!!