Monday, May 16, 2016

Pemilik tulang rusuk

Hello mellow my lovely blog!

Lepas setahun baru berpeluang hapdet blog. Well dalam masa setahun, macam-macam dah terjadi dalam kehidupan yang fana ini. Ecewahh.. Aku tak tau nak intro cemane pasal da lame no tak menulis. Ini adalah entry secara ringkas menceritakan kisah hidup aku yang tak sempat diceritakan dalam blog ni. Ecewah. Wat eber lah nokkk


2009 
Masa menyewa kat poli dulu, aku ada satu jiran lelaki selang 2 bijik rumah yang tak pernah aku tegur walau sepatah.  Macam mana nak sepatah, kalau nampak kereta kancil putih dia lalu pun aku dah pecut pecah rekod ussain bolt masuk lam umah. LOL. Ape tah yang aku takut kat dia. Oh ya..He's my senior ( tua satu sem) . Lain department. So kat poli tak penah jumpa langsung sampai dia abes belajar. Sampai la satu hari nak dijadikan cerita, waktu aku jadi AJK majlis konvo (2010) yg mana dia calon graduate mase tu, piah ( roomate aku yg syok kat dia) mintak tolong amekkan gambar ngan mamat jiran tu. Mase tu aku takkan nak menciput pecut. Kau gila pakai baju kurung nak bukak langkah seribu? LOL. Lepas majlis konvo tu baru dia add kat fb and we started chatting. From fb to ym to Skype. To personal text.. ececehhhh.Maka bermulalah kisah cinta...LOL. no no no. Not as soon as u guess.. He did confess.  Tapi masa tu aku frust putus cintan.Mane la aku nak kat dia. Plus, aku rasa dia main-main. Pasal dia kacak oihh... Takkan la nak kat aku ye dok?? Few times jugak dia confess. But still aku anggap kawan. Ajaibnya, dia seolah-olah tak kecik hati.  Still contact mcam takde pape berlaku.

June 2013 
Few months before aku fly ke Korea ngan kak dayah, aku agak rapat dengan dia. Everything went well and smooth sampai la aku balik dr Korea. Dia tak contact for almost 2 weeks. Aku tengok2 fb ade sorang gadis tag dia check in kat kedai mkan. ( sampai skang aku ade screenshot check in tu. KIHKIH).  Pergh, frust tahap dewa weh..Aku sound dia direct. Jgn contact aku lagi. Yes it did happened. Dia tak contact aku langsung. WUWUWUWUWUWU  T___T
Frust jugak la walaupun mase tu taknak admit da ade hati ngan dia. EGO!! Maka berhuhu la aku sensoran. LOLOLOLOLO

January 2014 
After almost six month we lost contact, he text me back! Aku tak tau nak loncat loncat ke nak menari kude kepang ke nak sakit jantung dulu ke nak ape. Heh gila! Dia jemput attend majlis kahwin adik dia. Since aku kawan ngan dia, walaupun just kawan, adik beradik and few sedara n kawan dia da add aku kat fb awal-awal. Jadi cam kenal2 kat fb la. thats why dia invite. Kebetulan mase adik dia kahwin aku ke singapore. Makanya tak dapat attend. Tapi since tu, aku da start rapat balik dengan dia. Text hari-hari. APE??? TEMAN TAPI MESRA HOKAYYY. HAHAHA.. Belum belum belum... Belum couple maple lagi. Lek luuuu...Mihmihmih.

April 2014
Lost contact again. Again?? Ah. Berape kali kau nak lost contact dalam hidup ni dodol?? Punca?? Hubungan baik dengan kawan pompuan dia. Ha ye lah aku jeles la. Aku taknak frust da. Tu pasal aku meroyan. LALALa. Aku halau dia. Nak dijadikan cerita, masa aku eksiden May 2014, aku post kat wechat. Guess what? Dia orang first call aku. To be honest. Aku tak harap pun dia call aku. Rasa bersalah pun ade. Tapi mase tu aku ego. Lepas tu aku delete wechat dia. And dia stop contact aku. Sampai lepas raya, August. Dia add balik. Dan masa tu aku pun tak pasti kenape aku approve. Dan berbaik macam biasa. Texting every day. Caring mering... Awhhh.. so shuwitttttt.....Belum belum.. belum declare. HAHA..LEKLUUUUU

October 2014
Jadi pengapit Kak nadia kat Segamat. Seminggu sebelum tu aku fly ke Medan bawak group. Entah dari mana tah keberanian aku datang, aku belikan mak dia telekung. Kihkih. Padahal belum ade pape time tu. Jumpe pun tak lagi. HAHA. So first time aku jumpa dia after few years, masa kenduri tu. Dia jumpa aku lepas majlis. Bawak g makan. Hantar balik hotel.  Aku pass bagi dia telekung tu suruh bagi mak dia.. Sekali malam tu mak dia call suruh datang umah jalan-jalan sebelum balik KL. Fuhhhh.. Makcik, saya ngan anak makcik ni kawan je. Dia gelak-gelakkan aku. Bih takkan aku nak blah camtu je. Ape lak mak dia cakap nanti. So pagi-pagi sebelum  gerak balik kl dia datang amek aku kat hotel. Dalam kereta on the way. Tak senang duduk wehhh.. Muka merah da macam ape dah. Nak jumpe mak orang ni weh. Masa tu da la tak bawak baju lebih. Aku pakai suar ngan blouse je. Hadeyhh.. Gasak la. Tapi, part paling lucu, aku yang nak jumpe mak dia, dia pulak yang gigil. Tangan sejuk. Siap bacekan doa dalam kereta supaya dipermudahkan. Yes. Dia nervous sebab aku perempuan first dia bawak balik. Perempuan first kenalkan pada keluarga. Bahagia tau time tu.  tak tau nak cakap bahagia sebab ape senanye. Tapi bahagia lah senang citer. HAHA. Lepas balik KL, dia ckap mak dia okay, boleh masuk meminang. MEMINANG WOI. mase tu aku belum declare ape ape lagi ngan dia. Tak pernah ade tarikh pun. hahaha

19 July 2015
Dia, dah selamat jadi tunang aku.Masa aku buat keputusan untuk terima pinangan dia, aku tak yakin. Betul ke keputsan aku buat ni Ya allah. Tapi hati tetap insist nak dia. Masa tu aku da mula sayang dia. 60% la. HIHIHI. Pasal takut dia tinggalkan aku lagi.




16 January 2016
Aku sah jadi isteri dia. Bertunang 5 bulan. Majlis akad nikah selang sehari lepas birthday dia. Sebenarnya plan tunang masa birthday aku, Nikah birthday dia. Nak buat cemane. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Kahkah. Alhamdulillah. Sebenarnya saya isteri dia. HAHA.. Jangan nak POYOOO sangat la woi.  Banyak kisah suka duka sebelum n selepas majlis ni. Tapi takpelah. Esok esok la aku citer. Esok tu maknanya tahun tahun akan datang. LOL



1 February 2016
Honeymoooooon. Sebenanrnya pilih Korea sebab aku nak bagi dia merasa snowflakes. Tapi masa aku pegi, cuaca terlampau sejuk and takde snowflakes :( Terkilan tau.  Dia cakap dia okay. Tapi aku tau, mesti dia sedih jugak sikit.. Dah nak balik tu, aku yang muncung lebih-lebih sebab tak dapat tengok salji. Semoga murah rezeki aku, satu hari nanti, dapat aku bawak suami aku main salji.
Aminnnn



21 February 2016 
ALHAMDULILLAH. Syukur pada Allah sebab bagi peluang pada aku untuk merasa nikmat rezeki anak awal-awal. Masa ni aku check in hotel kat Kulai ( masa ni belum pindah lagi). Datang jb nak interviu. Instinct aku da rase cam ade isi sebab ase mual-mual sebelum datang jb. Muntah-muntah. Lewat period 5 hari then aku cek, POSITIVE. Text suami, sambil nangis-nangis. Masa tu dia Kerja. Ya Allah syukurnya tak tahu nak cakap ape lagi.Nangis sorang-sorang kat bilik. Asben aku balik keje pelok kuat-kuat. Sumpah bahagia! Esoknya dia ajak beli lagi satu pregnancy test yang mahal sikit. Memang positive. Petang sebelum balik KL asben bawak gi jumpe doc. 3 kali cek. positive. Syukur.

Masa kat Korea kan aku sedih tak peluang bagi asben aku merasa snowflake. Aku cakap kat asben aku yang aku doa kat Allah. Kalau memang bukan rezeki kami nak tengok snowflakes kali ni, mohon sangat bagi aku rezeki anak awal. Allah makbul yg no dua tu! Tergamam bile ingat balik




First Scan masa 9 Minggu. 

2nd Scan masa 13 minggu. Masa ni baby da start bergerak. Da nampak kaki dia berenang renang. HIHI
Hey baby. Mommy and Daddy tak sabar nak jumpe awak bulan 10 ni.. jaga diri baik baik okay sayang! 
Sebulan lebih Alahan teruk. Asal makan je muntah. Sampai demam teruk,Alhamdulillah, pindah jb terus okay. Ade la muntah muntah tapi 2 3 hari skali camtu.. Ngade baby ni. Da dekat ngan ayah pandai dia behave.


16 May 2016 
Hari ni kandungan da 17 minggu 3 hari. Sungguh aku tak expect macam ni jalan cerita hidup aku. Cantik Allah susun. Lepas segala kekecewaan, kesusahan kerperihan hidup aku. Allah hadirkan pelangi indah. Lelaki itu, jiran yang aku tak pernah tegur, yang aku elak-elak, sekarang nyawa aku. 5 Tahun dia tunggu. Sedang aku tak endah kat dia, sabar dia entah datang dari mana hingga sanggup tunggu aku yang tak seberape ni. Salute. Aku salute. Mungkin dah tertulis di luh mahfuz. Dia pemilik tulang rusuk aku,  5 tahun jodoh yang aku cari-cari selama ni ada depan mata rupanya. Sungguh. Allah sebaik-baik perancang. Dia temukan kita dengan orang yang tepat, pada waktu yang tepat. Terima Kasih Ya Allah temukan aku dengan jodoh yang sebaik-baik jodoh. Aku berdoa supaya dipanjangkan jodoh ni hingga ke jannah. Dan semoga kita sehidup dan semati sayang. Aku sayang jiran aku, merangkap suami aku, and soon father to my kids SYAIFUL IZZUAN BIN LOKMAN.  Sayang sepenuh jiwa. Sungguh!