Saturday, June 22, 2013

Mari Kenal Dunia : Korea Part 1 : Intro

Assalamualaikum Cinta :') 

Sejujurnya lepas tujuh bulan tak sentuh blog, aku tak tahu macam mana nak start tulis entry. Like seriously blank.  Demmit. Start dari touch down balik Malaysia, sampai sekarang, dekat dua minggu dah balik. Aku still tak ada idea nak buat entry. Teruk =.=' Okay Let's start it. 

Kalau tengok title post dah tahu kan? Bila kata ada part-part tu, maknanya banyak episode la ye dak. Okay part ni aku nak cerita pasal intro. Yelah intro. Atas sana dah tulis kan. Muahaha. Okay tak lawak. Aku pergi Korea ni senyap senyap. Bukan semua orang tahu. Pasal aku bukan orang kaya. Nanti kalau semua orang tahu, orang ingat aku orang kaya, lalu menempah segala macam ole- ole. Itu belum masuk yang kirim barang tak mau kasi duit. Kalau satu dua tak pe lagi. Ini menempah macam nak bukak kedai,  duit sekupang pun haram bagi. Tumbok nak? Wkwkwkw.. Tak tak. gurau je. Sebenarnya aku tak suka kecoh-kecoh. Kalau tak jadi kan nanti malu. Lagi pun buat ape kecoh-kecoh jatuh hukum riak pulak nanti.

Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan adalah salah satu negara yang menggunakan bahasa korea ( Hangul ) sebagai bahasa rasmi. Bahasa omputih dorang boleh kata teruk la. Macam jepun. Jadi nak pegi negara dia, kena la faham sikit-sikit bahasa dia. Supaya tak jadi blur yang amat, maka disarankan buat research sikit. Tak payah susah-susah bukak kitab. Tengok je running man sana. Kompom terror. 


Disebabkan aku pergi ni under back pack punya trip ( pegi jalan sendiri) maka aku kena study banyak. Study bahasa, study tempat, study public transport etc. Kalau pergi pakai pakej ngan agent tak payah study sebab ada tour guide. Mahal sikit la tapi.... Orang muda yang suka explore macam aku, better pergi backpack. cut cost and lebih fun.



Atas ni bajet seorang aku. Aah. Seorang aku yang tak banyak duit dan tak pergi sana semata-mata nak shopping. Jadi aku tukar duit RM 1,000 je. Tapi bawak duit lebih la buat tukar kat sana. P/s: Disarankan tukar duit USD. Bukan semua negara boleh tukar MYR. 




a. Yang Kuning tu Korea Selatan punya map. 
b. yang biru tu Seoul punya tourist guide book.
c. Yang cokelat tu buku bahasa korea. 
d. Yang kertas ronyok-ronyok tu pamplet subway station. 

 ** c-d benda penting buat backpacker. Itu pasal pamplet tu lunyai. 

Kat Seoul, public transport dia memang tiptop terbaik kau memang the bomb! Subway je ada 9 line. Belum masuk yang pesen keretapi jalan jauh tu. Cargo lagi. Airport rail lagi. Maka total-total semua ada 17 line. Daebak!

Sumber : Google.
Hamekau. Juling tak juling bijik mata tengok. Gila banyak aliran. Apa yang best dan tak menyusahkan kepala otak, mostly main tourist attraction dia, dekat dekat dengan subway station. Dah la Train bersih. Banyak line. Convenienced. Laju. Canggih. Ya ampun. Tak nak balik Malaysia tahu tak rasa dia. 



Setiap kali aku naik subway dia aku snap gambar. Lain line, lain rupa dia. Aku kagum. Nak panggil aku jakun pun tak ape. Sebab memang aku jakun pun. Kat Malaysia taka ada macam ni. Haha

p/s: gambar yang bawah tu, modem wifi dia.
Untuk pengetahuan anda, kat Korea ( Seoul ) tak payah pakai simcard yang boleh acces internet kat henpon pon sebab kat sini, pergi mana mana je ada Wifi. KAT MANA- MANA JE. Dalam bas. Dalam Subway. Kat Tempat tunggu bus. Kat shopping complex. Kat public toilet. Kat airport. Kat mana-manalah! Dan semuanyah PERCUMAAAAAA. Dan Lajuuuuuuuu baq hang. Kalau kat Malaysia, sudahlah bermangga, siput pula tu. :p

Lagi satu orang kat sana memang bersopan santun. Manners tinggi, Beretika. Rakyat dorang tak heran sangat ke tempat duduk kosong dalam tren ni. Dorang prefer bagi kaum wanita, or orang tua, or orang kurang upaya duduk. Even ada tempat kosong pun dorang jarang duduk.

Setiap subway station mesti ada benda ni. In case kebakaran, dia suruh amek mask dlam ni. 

Kat setiap station ada peta lepas tu ada bagitau kawasan menarik sekitar station tu.

Ini Airport express punya train. Shoot pergi airport. Bersih gila. Rasa macam nak guling atas lantai. Hehe. Kalau kat Malaysia sama level ngan ERL. 
Ini yang best kat dalam Aiport express ni. Dia ada skrin macam kat aiport. Nanti kat skrin tu kuar, Flight mana arrival, and departure kat Incheon. Beserta Timing flught tu.
Lepas tu nanti ada tulis skali Suhu-suhu negara kat seluruh dunia ni. Bagus!
Tak pasti ERL ada ke tak. 

Ini M Pass yang aku mention kat bajet tu. KRW 42,500. Macam touch n go la. Pass ni untuk Semua laluan tren dan bas. Kecuali bas warna Merah dengan Tren line Shinbundang, Gyeongchun. Kad tu boleh return balik. Masa return, dia refund balik 4,500 won.
Kad ni kalau nak beli, sila beli kat airport masa arrival k. 
Part ni paling aku suka sekali kat aiport dia. Part tak payah jalan kaki. Kekeke. Ada eskalator. Kat subway pun ada eskalator camni.



Hotel.

Okay cerita pasal hotel pulak. Aku beli hotel kat Agoda je. Hotel murah murah je. Nak tido je. Kan aku dah cakap. Aku bukan orang kaya. Tapi selesa la. Berbaloi. aku stay kat Mi house. 2 minit jalan kaki dari Station Shinseol-dong. convenience sangat. Bilik bersih siap ada tub mandi. 4 malam aku kat sana, 4 malam aku mandi dalam tub. Wakakaka. Lepas tu ada breakfast skali. Hotel dia kecik je. Tapi rasa selesa. Okay la bagi orang yang tak cerewet macam aku ngan kak dayah. 

Bilik dia ada aircond. ada kipas. ada tv. ada kettle. ada hair dryer. Lengkap lah senang cerita. 



Selanjutnya sila rujuk website agoda eh.

Traveler adapter, kat sana yang pakai kaki dua bulat. 

Suhu kat sana, Masa aku pergi, Summer season, suhu dia 22 darjah celcius ( average). Windy 14km/h. Panas tapi berangin. Badan berpeluh tapi sejuk la. Muka hitam la pasal still matahari tu panas.. Balik Malaysia orang tegur muka hitam aku. =.= Kalau nak sejuk, disarankan pergi time autumn ( October - November) / Winter ( Dec - Feb).

Waktu kat sana awal satu jam dari Malaysia punya time. Lepas tu sebab summer season kan, siang dorang lebih panjang sikit. Pukul 4 pagi matahari dah naik. Aku tido pukul 5 matahari da tembak mata. 

Kalau nak buat bajet macam aku, cari tiket air asia yang murah. Lambat lagi tarikh tu pn takpe. Boleh simpan duit. Certain orang tak suka naik air Asia sebab tak selesa. Well, orang tak cerewet macam aku pandai pulak complain. Haha. Berbaloi la dengan apa aku bayar kan? Unless la kalau bayar mahal tapi tak selesa. Wajib complain! Kuikui.

Okay. Itu sahaja untuk intro. For more information, sila rujuk entry seterusnya. <-- poyo. 

P/s : untuk buat entri ni, aku da duduk depan laptop dari pukul 11 sampai sekarang. 1556. =.=/