Wednesday, December 26, 2012

Jauh perjalanan Luas Pemandangan

Assalamualaikum =') 

Sori blog. Gua busy. Banyak assignment. Baru dapat ilham nak menulis. Ecececehh.. Macam lah hasil tulisan kau tu boleh publish novel..haha.. Puuiii.. 24-25 DEC 2012. Tak sampai 24 jam, macam-macam jadi. Amboi... adehhh... Macam mak nyah mak nyah lak pulak asenye pakai amboi amboi ni.. hahaha... OK tak lawak. Dipendekkan cerita...

24 DEC 2012 - Hangout with the girls (Housemate) kat Pavilion.




































24 DEC 2012 - Gala Dinner @ Royale Bintang Kuala Lumpur.















24 DEC 2012 -  Visit to Kolam Air panas, Selayang with Zikri and the gang.

Alamak! Takde gambar. Hahaha.. Gelap malam kan, plus ramai sangat orang mandi manda. Kang tertangkap gambar orang bogel kang. Haha..


25 Dec 2012 - Trip to Kedah - Rombongan Cik kiah..

Rombongan pengantin geng husband puteri. Dah orang ajak, free pulak tu.. Ape lagi. Wajib ikut! Kehkeh. Tapi sayanggggg... Sampai kat Kedah, part paling aku suka, PADI, hp aku low bat. Seharian berjalan, lupa nak cas bateri. Maka? Tengok dan menang.. haha.. Aishhh.. Nanti dapat duit lebih sikit nak jalan-jalan ke Kedah la pulak.



Perempuan yang pergi pun, bini masing-masing. Tak pun, awek.
Aku je sesat sekor. Haha. 


Masa ni maghrib dah. Stop sekejap kat Sg perak. Pinjam hp orang nak snap. Sedih! Haha
Sebab aku suka scene ni. Sangat! Tak mau miss..






























OK tu je. Sebenarnya aku belom mandi. Balik kerja tadi, terus lepak Titiwangsa. Balik, terus sambung kerja kat rumah. Aishhh.... Busy ngalah kan pak najib.. Haha.. OK badan da bau biawak. Mari menuju kearah bilik air.. Tata blog. 

Note : Sepanjang aku tulis blog, ni asenya first time aku tulis cerita dengan penuh kemalasan. Buat cukup syarat je. Haha.. Kbai.



Saturday, December 22, 2012

2 in 1


Assalamualaikum =')

First of all, nak wish tahniah untuk Zikri, best friend ever, Selamat bertunang ahad ni. Semoga kau ngan nurul bahagia till jannah! Ewahhh.. Pastu, congrats to kak Aziana ( Houesmate) Dah selamat di ijabkabulkan beberapa jam yang lalu. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati keluarga kak Azie. Ameeennn.. Dan takziah di ucapkan buat diri sendiri, sebab minggu ni on duty. Dua-dua kenduri gua tak boleh atend. Mekasehhhhhh....

Pagi tadi, ter'injured' kat dalam monorail. Monorail stuck pagi tadi, so sampai Chow Kit station, semua yang kat luar tu, meluru masuk macam lembu keluar kandang. Dan nak dijadikan cerita malang, aku yang naik kat 1st station dapat la duduk awal-awal. Tapi seat betol-betol depan pintu. Dan bila pintu monorail terbuka, lembu-lembu tersebut bertempiaran menyerbu masuk ke dalam train. Dan disebabkan perangai lembu masing-masing, ade seorang amoi, tersungkur. Dan apa yang tambah me'malang'kan cerita, adalah lokasi tersungkurnya perempuan itu. Di mana? Ya..... Beliau selamat landing atas aku. Ya. Atas Aku. Dan siku dia terhentak dada aku. Dan lagi super power, kepala dia terhantuk kat kepala aku. Dan aku kurang pasti, ape benda yang menghentam hidung aku. Mekaseehhhhh....

Apa aku rasa? Rasa sayang hey! Puaka. Apelah dosa pagi-pagi dapat serangan demi serangan tanpa amaran. Pffttt... Dah kena tu, terus pitam. Gelap dunia. Nasib baik lah aku duduk. Kalau aku berdiri, tumbang dah di kalangan lembu-lembu yang banyak tu. Sakit dada. Sakit hidung. Dari Chow Kit sampai Bukit Bintang aku try stabilkan pernafasan. Kurang oksigen! Sampai je opis, aku gi check kat toilet. Port kat dada yang kena hentak tu, lebam. LEBAM. Apa? tunjuk gambar? No No No.. Aurat! hahaha. Hidung aku berdarah. Tapi tak banyak la. Tak mancung dah hidung aku. =.=' Haha
Kepala ade rasa sakit kat satu port tu.. Tapi takde benjol. Kesiannya kat aku.. Sob sob. Nak salahkan sape? Takdir? haha

OK. Lupakan kisah tragis tak terbela itu. Tadi sebelum lunch, Steven ada hantar satu link. Oh lupe nak introduce, Steven ni manager E-commerce Europe division. ORang UK. Bukan ulu Klang. United Kingdom. Apa tah nama pangkat dia. Haha. Bab website, memang dia akan manage. Dia bagi link blog. Terus kecut jantung aku hoi. Pasal ape? pasal last two month Li wei dapat jugak. Customer complain kat blog dia, Li wei punya service tak bagus.. Benda tu Steven boleh detect. Tah macam mana dia godey pun tak tahu. =.=
Complaint kah? Matilah akuuuuuuuuuu..


Then, aku bukak lah link tu, dup dap dup dap. tahu ape?

Hahahahahahahahahaha!! Geligaa betol la otak Steven ni. punya la besar dunia ni, dia boleh jumpa blog customer aku!
Kembang semangkok woiiiii!!!!!! Hahahahaha...  This totally make me feeeeelllllll happy unlimited! haha!!


Hehehehe..
































































Steven bagi kat aku tu, lepas tu dia tanya aku. Apa dia tulis dalam blog ni! wkwkwkwkckckc.. Aku lupa! steven tak paham melayu, tapi dia boleh cari blog ni, dan bagi aku link. Muahahaha.. Hebak la mung ni steven! hahaha.. Then Steven suruh komen kat bawah tu. Sebab nak masuk dalam website company.! Then, mula- mula aku ngan dia je tahu, last-last satu level tahu! Kembang dua mangkuk pulak. Aherherher.. Mohon bigg bigg boss pun tahu kisah ni, dan ada hati nak bagi bonus lebih sikit! Hahaha...<-- Over tau? Kehkeh.. Alhamdulillah.. Tak ada ape yang lebih menggembirakan selain daripada dihargai atas apa yang telah diusahakan, Kan? Hehehe.. Syukur ya Allah. Thanks to Ms Liza too.. Semoga Allah meberkati keluarga dia. Aminn



Pagi yang gelap! Kini sudah terang benderang.. Jadah pagi? Malam dah woi!.Hekhek.. Okiess.. Marilah tidur. Cukup bersyukur dengan nikmat Allah pada hari ni. Insyaallah esok akan lebih baik! Aminnn.. Mak.. tengok ni anak mak tengah gigih bina kerjaya hasil titik peluh sendiri.. Hehe.. Kalau cerita kat mak, mesti mak nangis. Peluk aku kuat-kuat. Rindu mak ='( 

Kalau kita tahu erti bersyukur, apa saja yang jadi, kita akan rasa TENANG =')
Hadapi dengan senyuman ^^
-Ein-

Wednesday, December 19, 2012

Tak pernah Fail

Assalamualaikum =') 

Malam ni, relaks. Tak mahu buat assignment. Tak mahu tengok ape-apa study case. Tak mahu makan. ececeheh... Tak nak makan la sangat. Caitttt.. hahaha.. ajaib ni, tinie tolak makan. Haha!

Malam ni layan running man. Macam biasa, aku lagi suka tengok laptop dari TV. Tengok TV bosan. Mana tak bosan. Tengok berita, politik. Membongak je lebih. Tengok drama, klise. Asyik-asyik, orang kaya berlakon. Bercinta sesama orang kaya. Berebut harta sesama orang kaya. Pastu kalau ade orang miskin pun, cinta terhalang. Masalah dia, cinta saja. Macam la masalah dalam dunia ni, cinta je. Pastu cerita tak logik. Ha jangan nak narrow minded sangat. "Eleh, macam lah ko tak pernah tengok drama.." 

Hoi! Pernah la gila. Tapi kalau dah start dari bukak tv, sampai tamat siaran, jalan cerita tu je, aku memang respect sesiapa boleh ngadap tv tu pagi sampai malam. Aku tengok jugak tv. Tapi kadang-kadang. Bila mata dah penat hadap laptop. Housemate aku pon tak suka aku tengok tv. Sebab aku banyak complain. Kehkehkeh. 

Bila bukak laptop, kita tak terfokus pada satu skop je. Kalau rasa bosan, nak gelak, aku tengok cerita lawak. Dah penat gelak, aku tengok drama sedih, sedih la nanti. Dah penat sedih, aku tengok action movie lak. Haaa.. dan seterusnya. Pastu main game. Dah penat main perasaan, aku g study plak. Baca benda-benda ilmiah sikit. Al maklumlah orang kurang ilmu. Tsk tsk.

Tapi selalu jugak budak umah aku pertikaikan perangai pelik aku ni. Ha la, satu umah pakat melangut depan tv, aku sekor-sekor ketawa guling-guling dalam bilik. Hahahaha.. OK tak lawak. Aku hanya akan WAJIB ada depan tv, bila ade game bola je. Time tu, jangan mengade-ngade nak tengok drama lah samarindalah akasialah. Makan luku nanti. Muahahaha

OK dah jauh gila lari topik. Kehkeh.. Sebenarnya aku nak bagitahu, Running Man tak pernah fail buat aku tergelak, setiap episod. Muahahaha.. Sampai kalau aku kat opis, tengah stress, aku akan motivate diri aku. "Balik kita tengok running man okehhh.. Chaiyokk!" Hahaha.. 

Paling suka part Monday couple.
Aiseymennn...
Jadi warga k pop dah aku ni. Hahaha



OK aku nak tido awal ni. Mata da macam panda. Berape hari tak cukup tido. Dah kena warning ngan kak dayah. "Jangan nak pengsan-pengsan nanti ea. Kau tu berat"  Kikikiki.. Saya sihat kakak.. No worry.. Big girl fight for life! Fighting!

Saturday, December 15, 2012

Student.

Assalamualaikum =') 

Pukul 2.34am. I'm still awake. Doing my assignment. Allah! Skema nya penulisan gua! Caitttt... hahahaha

Sedang bersaimen. Sambil tengok running man. Maaflah blog, terabai awak seketika. Just so u know, there's always be some space for you, even for a second, no matter how busy I am, Blog. I Love You. Ummuuaahhh... Bhahahahah... <-- Gila..

Too many assignment. Too many task. Too particular research. =.=' Yeahh. Dah berapa lama tinggalkan dunia student. Now, again. Books, library, Wiki and notes! Come on girl! You can do it! Yeeehhaaa... yaribba Yaribbaaaa... *Pakai spek besar kuali*

Ok blog. Take a nap sekejap ea. Esok pagi-pagi mahu joging. Mohon mata terbukak dan roh kembali semula pagi nanti.. Bubbye....

Sekadar Hiasan
Sumber : Google


Friday, December 14, 2012

你不知道我为什么离开你

蝴蝶眨几次眼睛 , 才学会飞行, 夜空洒满了星星, 但几颗会落地, 我飞行 但你坠落之际
很靠近 还听见呼吸, 对不起 我却没捉紧你, 你不知道我为什么离开你
我坚持不能说放任你哭泣, 你的泪滴像 倾盆大雨, 碎了满地, 在心里清晰


你不知道我为什么狠下心, 盘旋在你看不见的高空里, 多的是 你不知道的事, 蝴蝶眨几次眼睛


才学会飞行, 夜空洒满了星星, 但几颗会落地, 我飞行 但你坠落之际
很靠近 还听见呼吸, 对不起 我却没捉紧你, 你不知道我为什么离开你
我坚持不能说放任你哭泣, 你的泪滴像 倾盆大雨, 碎了满地, 在心里清晰

你不知道我为什么狠下心, 盘旋在你看不见的高空里, 多的是 你不知道的事, 我飞行 但你坠落之际

Oppppp oppppp... Jangan juling sangat mata tu.. Buruk benor ghopenye. Ok Kelip kelip mata sikit. * Wink wink... Assalamualaikum blog tersayang tercinta terbaik dari ladang! Ewahh.. Merujuk kepada perkara diatas, saya, dengan berbesar hatinya, menyarankan, anda, open a new tab dan google translate, copy dan paste.  Mekasehhhh... 
Aku maki seseorang tu. Percayalah! Muahahaha... OKBAI!

Sesungguhnya, aku nak mencarut satu benda je tentang Game AFF Suzuki MAS vs THA tadi. Err.. di tujukan khas buat REFEREE, LEE MING YU, perangai serupa Israel. OK tu aje. Hahahaha... Tak nak komen lebih-lebih. Sesungguhnya aku tak nak meluat dengan diri sendiri, sebabnya aku memang tak suke and meluat bila orang tengok bola, tak puas hati then maki macam tak pernah belajar cara berbahasa. Over tahu. Bukan part bola je lah. Part ape -ape pun lah. Bajet cool gitu... ek eleeehhhh... Poyooooo.. hahaha... Maka, untuk mengelakkan masalah membenci dan meluat dengan diri sendiri, Zippppp ketat-ketat mulut kau ein! Aherherher.. Ai ai kapten!

Sekadar Hiasan
Sumber : FB
Sebenarnya, tajuk dan mukaddimah, serta isi yang anda baca, takde kesinambungan walau seinci dan sebesar zarah pun. Urrmm Urmmm *Krik Krik* Siapa suruh bace? wkwkwkckckkc.. Booooooo!!

Ok nak tido. Mengantuk.


Monday, December 10, 2012

Mari Kenal Dunia : I -City

Assalamualaikum =') 

Allah selamat kan aku. Allah selamatkan aku. Allah selamatkan anak incik Mumin. Allah selamat kan aku!!Aminnn.. Wahahaha.. Okiesss... Hari ni, genap 23 tahun yang lalu, mak aku yang tersayang, dah lahirkan aku yang comel lagi baik ni hah.. Aherherher... Mengikut kalendar islam, hari ni, 25 Muharram, besday aku. Teeeeheheheheee.. Epi besday diri sendiri... *tiup lilin.. Phewwwwwww...* <--Gila. Hahaha.. Sadis betol wish besday sendiri. Kuikui. Eh sukati akulah! Blog aku kan?

Hahaha.. Hari ni, pergi hantar amal balik Subang. Rumah kakak dia. Macam biasalah aku kan. Kalau dah pergi mana-mana, mesti tak sah kalau tak melencong dan melancong. Kuikui. Penat semalam tak hilang lagi. Tambah lagi hari ni! Good..... Hehe..

Destinasi kita pada hari ni, I-City, Shah Alam.. Yeeeaaahhaaa... yaribba yaribba... Kekekekeke.. OK ini bukan kali pertama aku pergi I-City. Ini adalah kali ke-4. Tapi still. Aku terseprais jugak bila sampai sana.! Huiyyoo.. Dah canggih. Dulu togel je. Sekarang macam-macam ado.. Hahaha.. I-City ni, For those yang tak pernah tahu, lokasinya dekat Seksyen 7, Shah Alam. Semua pun tahu, shah alam ni, banyak beno seksyen nya kan? Jadi senang cerita, kalau nak senang jumpa. Carilah uitm Shah Alam. Belakang tu je. Kalau sesat juga? Sila lah bertanya kepada orang tepi jalan. Mekasehhh...

Kalau dulu,  I-City ni orang kenal sebab lampu je. Sekarang ada macam-macam k. Jangan tak tahu ya. Sekarang dah ada Snow World, space walk, 3D art Museum, ade gondola bulat besau bapak datok gajah dan sebagainya.. pendek kata, MACAM-MACAM ADO. Dan macam biasa, semua pun ade entrance fee. =.= Tok ajib tak buat lagi subsidi untuk masuk  I City. Kekekeke... Tapi entri ni, mention major on Snow world ea. Sebab tu je sempat masuk tadi. Hehe.

Errr.. yang ni.. Bukan kat I city pun boleh snap ya. Jangan risau. Muahahahaha

Pinguuu.. I Love You :* Ummuuuaaahhhhh.. Hahahaha

Dalam ni, pesanan penaja ya, pakai lah stokin tebal-tebal. Sarung tangan sekali. Pastu baju 2 3 lapis. Sebab sweater tu, tak menampung kesejukan.
Suhu dia, -5 darjah celcius ya. Suhu kat Korea Selatan sekarang. 
Konon-konon nak save bajet, tak mau sewa kasut but. Sekali masuk dalam pakai sandal, hoi hoi ! Jadi makanan sejuk beku aku kat dalam tu. Dah nak jalan pun tak boleh.. Muahahaha.. Last-last kuar jugak. Sewa but! Kehkehkeh.

Oh lupe nak inform, Kalau masuk Snow world ni, ade dua session. Sebelum kol 6pm, harga dia, RM 25 seorang. Kalau lepas kol 6pm, RM 35. Unlimited time. Duduk la sampai keras. Muahaha.. Untuk kasut but pulak, RM 10 sepasang. Kalau nak jimat, datang lah pakai sport shoes siap-siap. Stokin tebal-tebal sekali eh.  Kat dalam ni, banyak decoration ice carving. Bawak lah sekali kamera canggih-canggih ya. Haha.

Aucakk!!!


























Apa yang best kat Snow World ni, dengan satu tiket je,  engkorang boleh keluar bila da kejung, pastu masuk balik bila da suam balik. Pastu kuar balik setelah kejung semula. Dan masuk balik sampai rasa sakit tulang! Muahaha.. Sejuk oihh..


Untuk sesiapa yang berhati kering macam gua, lu orang keluar snow world, pegi cari 7e.
Cari maggi cup. Makan panas-panas. Tepi jalan. Tengok langit! Tip top feeling ever! 

Ha tu belakang tu gondola bosar bapak gajah. Tak nak naik. Sejak duduk tingkat 25 ni, da tak heran benda alah tinggi-tinggi. Haha


Okiesss.. That's all.. Tak sempat masuk banyak tempat. Nak rushing balik tengok bola. Tapi tak sempat jugak =( Sampai umah bola dah abes. Cait!

Pesanan penaja : Happy holiday! Pergilah berjalan. Berjalan, bermusafirlah Melihat kebesaran tuhan, Yang diciptakan untuk mereka yang berfikir. Dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya < --- Lirik lagu hikmah kembara - Mirwana. =')

Sunday, December 9, 2012

Selesai Majlis.











Assalamualaikum =) 

Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis pertunangan tinie nurdinie dengan jejaka pilihan hati. Semoga berkekalan hendaknya sehingga ke akhir hayat... Di mulakan dengan lafaz kalimah suci, ku pinang kau dengan bismillah.. Amin Ya Rab...



















Wkwkwkwkckckc..  Muntah dua baldi setengah. Aherherher... 

Poyoooo Lah kau! kehkehkeh. OK tu mukaddimah terpoyo sepanjang karier aku sebagai penulis blog amatur. Tangan ke bahu mata ke atas. *Krik Krik* Aksi di atas adalah separuh dari kerja-kerja menyibuk di majlis perkahwinan kawan baik saya, Nurul Nadia binti Samsudin. Kawan sehati, sejiwa, sebantal, setilam dan sebumbung masa belajar kat Johor dulu. Kawin dah woi kawan aku. Takleh terima hakikat betol. Rasa macam mimpi je dia dah kawin. Dulu setiap kali bukak sem, hari 1st smpai jb, kitorang takkan tido satu malam. Berborak. Masuk subuh, baru gelabah nak tido. Dan tabiat tu, berlarutan walaupun dah habis belajar. Setiap kali dia datang kl, kitorang takkan tido satu malam. Masing-masing banyak cerita. Huhu.. Lepas ni dah tak boleh ='( Oh mannnnn... this is sad mannnn.. this is sad broooo... this is shiiittt.. Waahahaha.. Puiii.. Over tau!

OK tak payah cerita banyak. Mari show off dengan gambar-gambar hasil kerja tangan tak bedung + kamera terlampau canggih di abad ni. Yeeeehaaa.. Yaribbaa yaribbaaa... wahahaha..

I Love This!
Yeahhh.. Bunga mawar hidup! No plastic plastic! Hehe.. OK Tugas 1st masa sampai umah nadia, deco bilik pengantin. Sejak bila tah aku tukar karier jadi wedding planner. =.='


Ini adalah hasil kerja saya! Muahaha.. OK lepas ni, siapa nak deco blik pengantin yang low cost, lai lai panggil mak. Mak kasi settle noks. Harga boleh runding.. Tak jadi masalah~~~

Mawar berduri uolss.. 

Ini ialah amalina. Kawan masa kat poli jugak. Orang besut! Next year dia pulak kawin. OK simpan duit dari sekarang. Terengganu, here I come! Mih mih mih


Dengan pengantin! Hehe.. Cantiknya dia. 

Amal & Nadia.

Okiess. Itu sahaja. Gambar wedding nadia, tak banyak, sebab handphone letak dalam bag. Oh lupe nak bagitahu, rumah nadia ni, kat felda Krau, Raub. So, dah dekat sangat dengan simpang ke Fraser. Masa balik tu, tak plan pape, terus drive melencong dan terus melancong ke Fraser hill. Hihihih.. Kalau dah kaki jalan, apa pun boleh jadi. Harungggg je. Hihihi. Malas campur cerita dalam entri ni, so for Fraser hill punya cerita, klik SINI

Oh lupe nak wish. Selamat pengantin baru for nadia and epoy. Semoga diberkati Allah, Bahagia till jannah! Ewahhh.. Hahaha..

Mari Kenal Dunia : Fraser Hill

Assalamualaikum =) 

Ok kali ni, nak bercerita pasal Fraser Hill. For those yang tak tahu, Fraser Hill ni letaknya kat Pahang. Biasalah, pahang ni kaya dengan pusat peranginan tinggi-tinggi. Genting highland, Cameron highland, Bukit Tinggi, Gunung Tahan and etc.

Kalau drive dari KL about 2-3 hours jugak. Bergantung pada cara pemanduan si pemandu. =') Drive dari simpang Fraser ke puncak, about 1 Jam driving. Jarak dia lebih kurang 30km je. Tapi sebab jalan dia beronak berliku sangat. Tu yang lama. Pesanan penaja, kalau siapa spesis pemuntah, sediakan plastik siap-siap. Hehehe.. Tapi best! Aku drive pergi, balik. Rasa da boleh jadi drifter da pasni. Stering kena pandai handle. Jangan risau, sesiapa yang ade terkena penyakit dah datang tak mahu pulang, kat atas ni, banyak chalet + bungalow untuk di sewa.

Cuaca kat atas ni, confirm dan wajiblah sejuk kan. Tanah tinggi. Naik kat atas ni, terasa macam pergi negara Eropah. Sumpah tak tipu. Building dia. Landskap dia. Memang cantik. Rasa macam duk oversea. Hikhik.

Ini mula-mula masuk, akan jumpa kedai kopi. See bangunan kat belakang tu. Batu-batu dia tu cantik!


Tak tahu dah nak amek sudut mana. Kereta tu still kat situ. =.=
Ok ini balai polis. FYI, semua bangunan kat sini, reka bentuk dia sama. Balai polis, public toilet, pejabat pos. Sangat cantik!


Pejabat pos. Oh ok. Kereta kuning ni bukan kereta aku. Kereta aku park kat lain. Tapi disebabkan sama je spesis, acah-acah ni keta aku je la ea? Kuikui



Ya Allah.. Subhanallah.. Cantik ciptaan DIA



Landmark Bukit Fraser. Bukan Bukan. Bukan yang tudung pink tu. Jam besar tu.
='D

Abaikan orang dalam gambar tu. Tengok background je okehhh.


Gerbang belakang tu, nampak macam kat Oxford. <-- Pengaruh cerita Harry potter. Haha

Cantiknya langit. Subhanallah. Kalau pakai DSLR mesti lagi cantik. =.= Kamera iteww kamera buwok jewwww..


Masa snap pic ni, angin kuat, sejuk giler, duduk kat kerusi merah, tengok bangunan yang ala-ala perancis tu, OK, completely rasa macam kat oversea! Aiseymen.. Tak nak balik!


Kat belakang tu, padang golf! Cantik jugak! Semualah cantik! hahaha


Subhanallah!
Belakang tu, ialah Banjaran Titiwangsa, banjaran terpanjang di Malaysia. 

Pokok kat belakang tu. Pon cantikkkkk! Grrrr... Sesungguhnya aku tak ingin pulang! 

Ya Rabb.. Indah sungguh ciptaanMu



























Ok itu sahaja. Masa datang sini, aku tak tengok-tengok pun minyak kereta aku. Dah sepruh jalan, baru aku nampak, tinggal satu bar. =.= Nasib baik lepas pergi balik. FYI, kat atas sana tak ada stesen minyak. Sila isi minyak penuh-penuh kalau tak nak sebarang masalah minyak berlaku. Hehe.

Ok kalau dah balik, keluar dari simpang Fraser, jangan lupa singgah kat gerai pesta durian! D24, 1kg = RM 2.50 SAHAJA! Ada banyak lagi spesis durian yang lain macam Musang king, Teka, dan lain-lain. Boleh makan kat sana, boleh bawak balik jugak! ^_<


Yummeyyhhhhhh~~



Duriannnn~~~~~~ Guling guling atas durian! <-- Gila





























Okiess.. Happy holiday! Pergilah berjalan. Berjalan, bermusafirlah Melihat kebesaran tuhan, Yang diciptakan untuk mereka yang berfikir. Dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya < --- Lirik lagu hikmah kembara - Mirwana. =')

Thursday, December 6, 2012

York

Assalamualaikum =)

Pukul 11.19 malam baru lepas mandi. Tersangatlah penat. Keluar opis pukul 10 malam. Terlaluuuuu banyak kerja. Terlalu laparrrrr ni. Terlaluuuu tak larat nak gi masak. Even maggi. Adoii.. Kan bagus kalau boleh makan via imagination. Pikir je nak makan ape, ngap! Kenyang. Huahua.. Penatnya =.=' Target sales punya pasal ni.. Takpe. Untuk mak. Hey untuk emak! Hey! Untuk emak! Hey! haha


























Tadi masa dalam tren, dengar radio, ayat dr Fadzilah Kamsah, buat aku nangis. Dalam hati. 
" Kalau sampai anak dah lama tak balik jumpe mak ayah, dan sampai mak ayah yang call rindukan anak, hati-hati. Takut jatuh hukum derhaka" Huuuu.. Aku rindu mak. Walaupun baru je balik. ='( 

Tuhan, bagi aku peluang, untuk balas jasa mak ayah aku. Pelishhhhh.. ^_^

tadi tengah buat-buat kerja kat opis, aku dah stress tahap ape dah. Tetiba aku boleh menyanyi. Dan nyanyian aku buat satu opis gelak. =.=' Bukan sebab sumbang okekkkk.. Sebab gua nyanyi lagu York. Wkwkwkwckckckc.. 

Alahhh.. Lagu iklan york cooling king kat radio tu. Ha tu la.. York cooling king... lalalala...haha.. pegi cari sendiri lah. Aku rasa aku nyanyi slow je. Tibe-tibe Miss Annie boleh gelak kuat-kuat. "YOu takde lagu lain mau nyanyi mey?" 

Kahkahkah.. Ok la tu.. Pastu aku nyanyi lagu ciken rais shop. 

The chicken rice shoppp~~ Bukan sekadar nasik ayammm.. Kepakk kepakk kepakkk..! *Siap kepak ketiak* Wkwkwkckck... Dibantainya gelak sampai senak perot. Hhahaha.. LAyan kepala aku dah ting tong ni sape suh.. hahaha 

OK bateri badan da flat ni. Gua tido dulu blog. Esok gua ade banyak urusan seri paduka baginda! Ciss.. bajet giler babss.. Ingat kau hebat? Eh mestilah! Aherherher. 

Eh tadi aku lapar kan? Arghhh penat! malas makan! Jom tido~! tataaaa.. 

Cerita Kedai Kopi

Assalamualaikum =') 

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi, 
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae.. *jejoget* Heyy! Cerita kedai kopi.. Heyyy!! Untuk dia heyy! Untuk dia! Heyyy! Heyyy! Heyy!! Heyy!! Aku tak percaya cintaaa.. 

Muahahha.. bongok tingkatan 6 atas kau ni. Bhahahaha...  Aku Busy. Busy buat-buat busy pun ye jugak. Kikiki.. Lately memang busy. Nak achieve target sales. Balik sampai lewat-lewat malam.. =.= 
Mohon bakal suami nampak kerajinan buat buat aku ni. Aherherher. 

Dalam kebuatbuatbizian (bahasa terteruk di dunia) aku ni, ade seronok jugak. Layan customer. Macam-macam ragam. Tergelak jugak kadang-kadang. Bukan kadang-kadang je, kandang kandang pun ade. OK tak kelakar. *Krik Krik*

Situasi-situasi yang akan selalu buat aku tergelak macam syaitonirrojim kat opis tu, adalah seperti berikut.. Crinkkkkk... <--- Bunyi sound effect yang kat slide presentation power point tuuuuuu..Cis. Buruk sungguh bunyiknye ye dak. 

Situasi 1 - Angkat Call (Perempuan )

Customer : Hello, boleh cakap dengan tini?
      Aku : Ya saya.. May i know who's on the line?  
Customer : Eh, ni apesal budak-budak yang angkat ni.?

 tut tut tut tut...<--Letak tipon. Setengah minit kemudian kak ayu pass line..

Customer : Hello, tini ke? tadi akak call, salah dial, budak-budak yang angkat. 
      Aku : =.=' *Dalam imaginasi aku, aku da pukul customer ni!* Tinie la ni kak... Hehehe..
Customer : Comel nye suara tinie.. Macam suara Nora danish. Cuba sebut "Kita enjoyyyyy" hahaha
      Aku : Bhahahhahahahaaha < --Sumpah tak ikhlas!

Gambar hiasan
Sumber : Google

Situasi 2 - Angkat call (Lelaki)

Customer : Awak dah lama ke kerja kat sana?
          Aku : Lama da. 
Customer : Umur awak berape?
          Aku : 23 tahun. 
Customer : Tipu awak ni. Baru abes SPM?
         Aku : Teeeehehehe.... *Dalam imaginasi aku, aku dah lastik tengkorak beliau*

Hahaha.. Suka dan gemar betol cakap suara aku macam kanak-kanak.

Situasi 3 - Terlebih jimat 

Customer : I nak pergi 5D4N Maldives, Honeymoon package, Budget saya RM 3000.Boleh?
       Aku : Hehehe... Boleh..Ape pulak tak boleh. Awak pergi naik sampan. Bawak toto sekali tau. Megi kari barang sebungkus dua jangan lupe. <--- Jawab dalam hati je la tapinya. 

Situasi 4 - Darjat

Customer : I want to go to bla bla bla bla.. Make sure bla bla bla. The date is blah blah.. this my email bla bla bla..
         Aku : Baik puan, nanti saya hantarkan email kat puan for the details lah. Apa nama puan tadi?
Customer : Datin ***** ya. Datin ******..
         Aku :*Facepalm* Oh maaf datin. Nanti saya hantar ya. =) *Dalam imaginasi aku, aku dah muntah hijau 2 baldi setengah* 

Situasi 5 - Customer 'serba tahu'

Customer : Saya nak pergi bandung lake toba.(Nada sehabis sombong) 
         Aku : Bhahahahhahahahahhahahahaha *Gelak guling-guling* Encik, Kalau lake toba kat Medan. Kalau Bandung, bandung je. Lain tempat, encik.
Customer : Ha tu lah. Tadi sy nak tanya tu la. Ermm.. Kalau pakej pergi solo ada? (Sombong jugak)
         Aku : Kahkahkah.. <--Gelak syaitonirrojim. Pergi solo ade. Kita ada pakej 5 hari. RM xxxx include accommodation, tour, meals and return airport transfer. Encik nak pergi bila ya?
Customer : Owhhhhh... Tu pakej g mana tu? 
        Aku : =.= *dalam imaginasi aku, aku dah tarik telinga dia kasi capang.* 

Situasi 6 : Gelojoh

Customer : Saya dah book kat you punya website. Until now nobody reply me! Macam mana uolls buat kerja ni.? 
            Aku : Maaf ya puan. Bila puan submit booking ya?
Customer : About 10 minutes ago!
            Aku : =.= * Dalam imaginasi aku, aku dah luku dahi dia sampai bertelor*


Situasi 7 :  Aku pembongak nombor 1

Customer : Saya nak g korea, Boleh saya tahu ape yang menarik kat sana?
       Aku : Kat sana ade macam2.. Bla bla bla bla. Kalau pergi ramai bla bla bla.. Tempat dia menarik, ade bla bla bla.. 
Customer : Sekarang musim ape ya? Ada main salji tak?
     Aku : Sekarang winter. Sedang salji. Nanti dia bawak g bla bla bla . Nanti bawak baju tebal-tebal tau. Kat ski nanti bla bla bla. Kat situ bla bla bla.. 
Customer : Owhhh.. Menarik jugak. Awak dah pernah g ke?
      Aku : *Krik Krik* Tak. Kbai *Letak tipon* 

Hhahahah.. Kadang-kadang, rasa nak marah ngan diorang ni. Tapi bila ingat balik, memang buat gelak. Tak tengok running man pun boleh buat aku gelak sekor sekor. Hehehe.. Ok blog, gua nak beradu dulu. Tadi senanye nak main edit gambar header. Tak tahu kenapa header lama takleh kuar. Blank. So edit-edit, hantu malas masuk badan aku. Maka hasil dia, yang atas tu. Esok lah sambung. K. Gudnite blog. Bubbyeee~~~~

Oh lupe. Tajuk kat atas tu, sebab aku takde idea nak taruk tajuk ape.kekekekeke...