Assalamualaikum cinta :')
Sambungan..
Dekat setengah tahun nak sambung cerita pasal korea je. Basi woi! Kahkah. Eh sukahati mak jemah lah nak sambung bila bila pon. Belog aku kannnn..... Letih jugak nak cari feeling feeling kat Korea masa buat sambungan ni. Nasib baiklah intro ni aku buat lepas aku siapkan entri first dulu tu. Dah tu aku sambung masuk gambar je lah eh. Takde ulas2 da. Kira keje asal boleh je ni. Hentam la labuuuu.. janji ade. kuikui,
Okay, pertama kali kaki ini menjejak bumi Korea, hati ini telah jatuh cinta. Bhahahaha. Pui! Muntah hijau dengar ayat tak boleh blah ni. First day sampai Incheon, pukul lapan pagi, depart dari Malaysia pukul satu pagi. Enam jam dalam flight. Petak buntot aku. Sudah la sejuk. Tak boleh tido sebab kaki aku sejuk maksimum. Nasib la duduk tepi tingkap. Duduk mengira bintang la beberapa jam. Yang kak dayah da lena da. Macam tido kat Sentul je gaya lena dia tu. Pukul enam pagi baru aku boleh tido. dua jam je tido :'(
Sampai-sampai, terus pegi washroom. Toilet dorang bersih gila. Mangkuk tandas dia siap ada pembalut yang boleh pakai buang tu. Muka dah macam cicak tertelan katak, harus pegi gosok gigi basuh basuh muka dulu sbelum kuar dari airport. Huahua. Logik pulak cicak telan katak. abaikan.
So, lepas da settle urusan kat airport, gerak terus pergi subway station menuju ke hotel. Tiga kali tukar line tahu tak. Dengan luggage berat nak arwah. Ada certain station subway tak pakai eskalator. Maka memanjat lah tangga tangga ke syurga itu. =.=. Dengan sesat lagi. Salah masuk line lagi. Tapi yang best, orang Korea, memang prihatin!
First case, masa aku nak gi hotel, tukar line, aku terpinga-pinga refer map, datang sorang pakcik ni, tanya, nak gi mana? Bahasa Korea! Aku faham sikit2. then tunjuk map tu kat dia, terus dia bagi tunjuk jalan. Bercakap dalam bahasa korea pekat. Opkos la aku tak paham. Agaknya dia nampak muka blur aku ni. Terus dia tarik tangan aku. Pegi tunjuk kat station mana aku sepatutnya naik.
Masa da sampai kat station dekat hotel aku tu, aku sesat lagi sekali. Pastu Aku tanya la kat pakcik kedai runcit tepi jalan. Aku tunjuk alamat hotel aku kat voucher tu. Sayangnya, aku cakap ngan dia macam ayam cakap ngan itik. Aku speaking english dia speaking Korea. Dia tak paham tulisan kita. Dia paham tulisan Hangul je. Lepas tu dia panggil orang orang lalu tepi jalan tolong aku. Mula sorang, lepas tu dua, then tiga. Sudahnya dekat sepuluh orang keliling aku semata2 nak berbincang kat mana sebenarnya hotel aku. Memang aku nak gelak guling2 masa tu. Kak dayah hanya mampu tengok aku dari jauh. Last-last ada la pakcik ni faham tulisan kat voucher tu, dia cakap ngan aku cenggini cenggitu. Dah agaknya dahi aku ade tulis 'TAK PAHAM' dalam bahasa korea, pastu pakcik tu tarik aku. Da tunjuk jalan sampai la nampak hotel aku tu. rupenye aku salah exit. Patut keluar exit 12. Aku kuar exit 1. Seberang jalan nun ha. Padan tak jumpa. Tapi serius cakap dorang walaupun sepatah haram tak tau ape aku ckap, diorang tolong. Terharu. Serius. Aku cakap kat kak dayah, aku tak rasa aku lonely pun kat negara orang ni. Sebab diorang buat aku macam family. Bukan orang asing.
Check in, rehat setengah jam. Lepas tu terus keluar.. Kuikui. Tak menyempat..............
Tempat first kitorang pergi ialah Myeongdong. Sebab masa tu dah tengahari. Tak mau pergi jauh-jauh. Takut tak sempat balik. Myeongdong dengan hotel aku, 4 station je. Dekat. Myeongdong ni tempat Shopping kosmetik terpaling besar kat Korea. bukan kosmetik je, kasut, baju seluar etc. Memang Besar. Dia ala-ala masjid jamek tapi 10x lebih cantik dan tersusun la. Orang-orang suka shopping, ini adalah port baik. Sila serbu sekarang! Wahahaha.
Kat Myeongdong ni, ada gambar siang dengan malam. Sebab aku pergi dua kali. Hari 1st saje gi melawat kawasan. Ha la. Aku kan Kak long kawasan. Kekeke. Hari ke3 baru datang balik shopping. Dan kebanyakan gambar ialah gambar kak dayah kan? Sebab dari 10 gambar dia snap, 1 je yang sempurna. Itupun kebarangkalian tu rendah. Aku tak tahulah ape maksalah tangan dia.
"Akak, meh saya peleotkan tangan akak tu. Tak bedung agaknya time kecik-kecik. Asik gegor je amek gambar saya. Sedih tahu. Saya amek gmbar akak cantik2. Gmbar saya tak jadi belaka" " Alaa.. jangan cakap macam tu, kak dayah memang tak pandai amek gambar" Hurmmm.. what to do. Mengalah la. Redholah dengan ketentuan ilahi. Gambarmu sekeping dua je peah... huahua. Lima hari kat sana 2 3 keping je gambar aku yang menjadi. Itu pasal lah aku malas upload kat insta or kat fb. Huhu. Takpelah.
Next destination is Dongdaemun. Dongdaemun ni pun macam Myeongdong jugak. Tempat shopping. Tapi bukan bab kosmetik lah. Kat sini majority orang jual baju, kasut and seluar.
Dia ada part part dia. Part paling best, shopping complex bukak sampai pagi. Serious. Belum ada dalam sejarah aku, pergi shopping subuh2 hari. Disebabkan aku tak berape nak tawaf sangat tempat shopping ni, sampai malam last aku kat sana, aku still tak jumpa baju I LOVE KOREA. So setelah di google, ada shopping complex bukak sampai subuh kat Dongdaemun. Pukul 5 pagi aku bangun on the last day, g shopping kol 6. Mampu? Kalau kat malaysia tu pegi shopping pukul 6 tu sekali setahun je, kat pasar borong sehari sebelum raya puasa. Muahaha.
Kalau sape peminat citer Korea, sampai Korea wajib pergi ke Namsan Tower. Dekat je Dengan Dongdaemun. Naik bas je. Kalau pakai M Pass tu, boleh naik free. Couple - couple kat Korea akan pergi sini buat love lock. Alah konon kalau letak mangga tu, hubungan berkekalan hingga anak cucu cicit cuit cotet eh. Hahaha. Ini kat luar je, Namsan tower tu sebenarnya observation deck. Naik atas sekali boleh nampak satu Korea! Okay tipu. Satu Seoul je. Kat atas sana nanti, ada satu kolam baling coin buat hajat. Buat hajat couple kekal lama, pastu lempaq masuk dalam ayaq tu. Kalau lempaq-lempaq tak masuk, hampa standby cari spare part siap2 noh. Haha.
![]() |
| Tediaaaaa.... Peah lep abu. Poreberr. |
![]() |
| Amboi... Bahagia sangat muka ni. Gila tak bahagia. Pergi Korea kot! |
![]() |
| Ni la ha Namsan Tower tu ha. Bau bau bacang ngan KL Tower. |
![]() |
| Love besar bapak. |
Okay, Next destination is Itaewon. Masjid paling besar di Korea, terletak di Itaewon. Fail weh. Fail. Aku memang Fail buat ayat formal. Okay. Sambung. Kalau biasa pelancong Muslim datang Korea, mesti pergi sini sebab sini paling banyak restaurant halal and tempat menunaikan ibadah ya para muslimin muslimat. Melancong-melancong jua. Solat jangan lupa. Ecewah. Ustajah tinikkkk.. kihkih.. Ha la.. Kalau kat Malaysia ni orang tak heran tengok mesjid oi. Besar bapak pon orang jeling je. Kalau duduk negara orang, nampak mesjid macam nampak emas segumpal. Ha ko. Hiperbola melampau. Serius. Rasa macam nak nangis dengar azan kat bumi bukan negara islam.
SETIAP HARI aku wajib datang ittaewon sepanjang 5 hari kat sana. Nasib baik la pass train unlimited ride. Orang kedai tepi jalan pun da start cam muka kami. Muka Budak baik. Muka suci. Sape tak cam? Wahahaha
Dekat Ittaewon ni, kita boleh jumpa orang orang Pakistan, Iran, India. Most of them kerja kat restaurant halal. Kalau selisih, tak lokek bagi Salam dan senyum. Jumpa orang Malaysia, siap lari jauh-jauh dari kitorang. Muka aku ade ciri paparazi nak snap gambar dia bercuti ke yang sebok nak lari bagai tu? Garuk kepala jugak aku memikirkan hal ni. Nyaris nak gugur rambut dua tiga helai. Sombong-sombong nak ke mana ni? Hurm?
![]() |
| Hamba allah ni, sepuluh kali aku lalu, sebelas kali bagi salam. |
![]() |
| Allahuakbar :) |
![]() |
| Rindu nak gi sini :') |
![]() |
| Ni rupa bentuk restoran Muree tu ha.... Banyak sangat cahaya keimanan sampai tak nampak signboard. Asal boleh dah la... |
Okay? Puas hati?. Sekian untuk Entri Kali ini. Nantikan entri akan datang untuk destinasi menarik yang lain! Muahahaha. Tengkorak anda. Tunggu tahun lompat baru siap. Hahaha. Baboiii












No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.