Sunday, November 10, 2013

Mari Kenal Dunia : Korea Part 3 : ( Nami Island / Gangnam / Everland/Hanok)

Assalamualaikum Cinta :')

Tadaaaa.. Mood satu malam lapan belas entri kembali. Lama tak buat perangai cacat ni. Kihkih.. Oraite, next destination aku pegi ialah Nami Island. Nami Island ni bukan kat Seoul area. Dia area Gangwondo. Lebih kurang dalam 2 jam nak sampai sana by train + by teksi + Feri. Sempat lena dulu la dalam tren sampai kuar air liur basi nak tunggu sampai. Sekali pergi memang cantik uols. Nami island ni famous pasal dulu-dulu citer Winter Sonata shooting kat sini. Sape fanatik citer tu, wajib gi sini. Tempat moment indah hero ngan heroin. First time jumpa. First time kiss. Gitu. Heran pulak aku ke benda tu. Aku pegi sebab tempat dia cantik je. Muahahaha. Sayang, masa aku gi, masih summer. Tak dapek la nak feeling-feeling romantik autumn. Pasal daun pun hijau lagi.







Bendera Malaysia pon adaa.. Weee...
Sila akui, aku memang ada bakat jadi Nature photographer. Mekaseh.
Semoga satu DSLR ade kat tepi bantal busuk aku esok pagi. Amin. 



Masa tengah tunggu transit train nak gi Nami island tu, aku duk shoot scene bangunan kak belakang stesen tu. Kemain aku syiok shoot, aku TERPERASAN ade orang shoot gambar aku. Perasan nya aku. Memang. Lepas tu cepat-cepat aku duduk sebelah kak dayah. Tunggu train. Sekali mamat yang shoot gambar aku tu ( yang aku perasan tadi tu) datang kat kitorang. English dia terabur. Korean kan. dia datang mintak izin nak amek gambar kitorang. Ha!!! kan!! Betol aku cakap. Tadi tu mesti amek gambar aku tu. Haaaa.. Kannnn. PPerasannya aku.  Haha... Nak tak nak, paksa rela bagii je la. Risau jugak. Kot kot edit gmbar aku jadi pelakon porno ke. Ha tak ke mampos? Lepas da shoot tu, dia mintak email aku. Dia cakap nanti dia send kat email. Eleh. Macam la ye ye bagi. kan? Lepas balik Malaysia, ha ni bawah ni kisah dia. 


Memang dia send. Lagi nak Haru tu, dia hantar email ni sehari lepas aku jumpa dia. Bravo man. Bravo! Lagi nak best, dakwaan yang aku ni perasan adalah tidak benar sama sekali. Dia memang shoot gmbar gua masa gua rasa gua perasan dia shoot aku tu. Ni dia send sekali gmbar. Yang menyeramkan, diia siap edit gmbar aku, pakaikan lipstik! Tak tahan. Aku tengok pn aku seram. Memang tak la aku nak upload. Wakakaka. Tapi sayang, aku check email ni, sebulan lepas balik Korea. I'm sorry, dude. Ade rezeki, kita jumpa lagi. till then, don't forget me. Please.







Okay next destination ialah Opp Oppp Oppa Gangnan Style! Semangat ha. Siap baca sambil nyanyi. Over tau anda ni. Kakaka. Okay. Dah orang sibuk-sibuk duk cakap pasal Gangnam ni, aku pun kena la menyibuk jugak en. Gangnam ni ialah satu bandar elite kat Korea. Lebih kurang sejam lebih dari bandar Seoul. Kat sini bukan tempat pelancongan sebenarnya. Kalau nak gi Everland theme park, kena stop Station subway kat Gangnam dulu, baru amek bas ke Everland. Punya lah canggih, stesen bas tengah jalan. Gambar tak banyak. Pasal aku rasa, KL pun lebih kurang ni jugak.



Oraite? Sambung ke Everland theme park pulak. Everland ni lebih kurang macam universal studio or Disneyland or Genting Hingland camtu. Banyak Mainan dalam ni. Macam-macam boleh main. Keluasan dia, aku lupa nak ukur tu ari. google lah sendiri. Yang pasti, kalau masuk mula-mula tu pagi, abes round satu theme park, da petang la maknanya tu. Haha. 
Kalau winter season orang tak gi sini. Sejuk terlampau. Normally kalau musim sejuk, orang akan ke Lotte world which is more to Indoor theme park.

Pengalaman menyayat hati aku kat sini, nak makan tengahari sampai rasa nak nangis. Banyak restoran dalam ni tapi satu pun takde yang muslim. :'( Nasib baiklah dalam beg ada megi cup. Kau bayangkan gua makan megi cupp bancuh pakai air mineral yang sejuk. :( Makan tepi jalan. Rasa macam nak pecut balik Temerloh jap makan nasik mak aku masak walaupun ikan bilis je. Tahu? Nak tak nak terpaksa makan. Gila ke sampai petang tak makan. PEngsan kang, sape nak melawat? Kim hyun Joong? Min Ho? Nickhun?  Yong Hwa?  






I love you dot dot dot.


Aku bawak kak dayah naik benda alah ni. Sekali je dia ikut aku main. Lepas tu, ape game aku naik sorang. Tahik. Gayat overdose sampai nak muntah. 

Sumber : Google.

Ha ni part ni aku nak membongak lebih sikit. Ini namanya roller coaster ya anak-anak bagi yang kurang jelas. T express nama diberi. Ni kat dalam Everland tu lah. Roller coaster ni, binaan dia dari kayu. Sumpah aku tak tahu fakta ni, sampai la lepas aku try. Citer dia gini. Aku memang suka benda2 extreme gini. Pastu of course la aku nak cuba. Baru boleh gebang balik Malaysia nanti kan? LEpas tu aku ajak kak dayah pegi. Sanggup gadoh lagi ngan aku semata-mata taknak naik. Last-last aku naik sorang. SEORANG. Tak tahu hantu ape ade dalam badan aku sampai aku berani gi sorang. Sekali da masuk, takleh patah balik. Kecut jugak la. Masa tu tak pikir ape. Pikir naik. Jerit. Turun. Selesai. Memang tak pandang kiri kanan da. Masa aku queue nak duduk tu, ada mat salleh tegur aku. Berani dia tanya aku berani ke tak naik lepas aku cakap aku naik sorang?? ( ayat aku =.=) Eh tengok gigi lah! Ya Allah.. Sumpah takde kaitan... Wakakaka 

Lepas tu masa aku naik, memang mengucap la woi! Sumpah ngeri! Aku ni da la cekeding. Rasa macam nak terpelanting keluar. Masa dia trun menjunam tu rasa nak tercabut pinggang. Kepala aku pkir, ade bersepai tulang aku kat sini kang. Sempat pkir keji. Tak caya boleh tengok video bawah ni. Tapi 1st round je ngeri, masuk 2nd 3rd round rasa nak naik lagi. Kehkehkeh. Tapi gua tak naik kedua ketiga pasal masa gua turun baru gua perasan, binaan dia dari kayu woiiiii... Kalau patah ni..... Eh memang tak lah gua nak naik lagi. Gila. Kecut segala gala yang mampu kecut. Hahaha.. So, dare to beat me? Go! Hah. Lepas aku da naik, baru aku teringat citer final destination! Muahahahaha



Okay sila tutup mulut tu. Nganga luas sangat. Jangan kagum sangat ngan aku. Pelis? Muahahaha, Okay next destination ialah Hanok Village. Masih dalam Seoul area. Ni perkampungan traditional kat Korea. Kat sini boleh nampak lah cara hidup dia. Memang lagi sebijik dalam cerita Korea. Kagum! 

 Alkisahnya lelaki ini adalah rakyat Korea. Masa nak gi Hanok Village ni, kami sesat. Bertanya la kat Dia. Kebetulan, dia pun nak gi tempat yang sama. Maka kita pun ikut la dia dan Family dia. Punyalah baik ya rabbi. tunjuk satu satu sejarah kat Hanok Village tu. Dan Masalah datang, bilamana beliau adalah seorang arkitek yg suka kan atap. Dah dari rumah 1st sampai umah yang ke berape ratus, asik tunjuk atap je ke kami ni ha. Malaysia pun ade atap jugak ha. Hahaha.. Last2 kitorang berpecah sebab rasa macam menganggu dia ngan Family dia je. Eceh. Pdahal sebab da rimas ngan presentation Atap. Kuikui. somehow, lelaki ni ngan Family dia, SUPERB! 



Tu wife dan anak anak lelaki tadi.. Setia menemani. Ecewah!

Jemput la masuk umah baru peah dan suami ni. Masuk, Masuk.


Sampai Korea, Mesti kena pakai Hanbok. Pakaian traditional orang Korea. 
Lepas tu kitorang bergerak ke Sekolah Tertua kat seoul. Pun ada dalam cerita winter sonata jugak. sekolah ni dekat2 area Hanok village tu jugak. On the way ke sana. perut lapar. Benti la makan megi kat kedai. Sekali terjumpa Hamba Allah kat bawah ni. Nama dia, Marcus. Mula-mula duk cari kerusi takde. Last2 duk sebelah aku makan. Ramah terlebih. Tu buku Seoul belakang tu, dia bagi aku. Gift from Korean katanya + sebab aku bagi dia duduk sebelah aku makan megi. Sampai skang ada. Sayang. Hehe.. Yang nak gelak, kemain lagi dia terkejut tengok aku makan megi sotong, spicy. Beria dia cakap kat aku, Megi ntu pedas. Nanti aku nangis. Hahaha.. I miss that Moment! thanks Allah cause sent me SUPERB person everywhere i go. 

Gambar ni dia beria shoot sampai jadi tau. 

Inilah sekolah yang dimaksudkan tadi. Ini kalau sekolah aku macam ni, sumpah takkan ponteng!


Next destination, Gyeongbokgung palace. Ni jalan kaki je dari Hanok Village tadi. Ini ialah istana lama diorang. Masa kat sinilah, aku jumpe lelaki, berwarganegara Malaysia, tegur kitorang. Hikhik. Akhirnya. Ada jugak yang tak lari bila nampak kami. Perkenalan yang singkat. Terus jadi rapat! Serapat mana? Ha rapat macam bawah tu. Dia duk ikut je kami pegi mana pun. Dia datang Korea ade kursus. So satu hari tu sebelum dia start kursus dia boleh g jalan-jalan. Tu yang dia gi istana tu. Last-last jumpa kitorang. Sauk je. Siap gi makan kat Muree together-gether uols. 





 Okay, Last. Sebelum aku fly ke Korea, aku ade nampak Banpo bridge. Memang cantik. Macam ni. 




Tapi sayang, masa aku sampai da lewat sangat. Da takde da warna warni ni.Tinggal yang bawah ni je. But still, aku suka. 




Aku cakap da kan aku memang berbakat amek gambar pemandangan? Kan?


Okay. Dah. Separuh nyawaku pergi nak siapkn entri Korea ni. Pheww.. Izinkan gua tido. Esok gua update Medan trip n Japan Pulak. Baboiii

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.